Tuesday, April 28, 2009

HDR - Jalan Raya

Original :

Edited:
   

Gambar di atas telah ambo olah menggunakan perisian PS. 

Ambo cuba menggunakan PS untuk tidak menggunakan Photomatix. Pastikan gambar original di snap dengan format RAW. Cara mengeditnya hanya menaikkan Recovery, FIll light, Vibrance kepada 100% Black secukup rasa manakala saturation kurangkan kepada -60%.

Selepas itu blending dan ekjas curve untuk mendapatkan hasil yang betul2 puas ati. Ambo suka kaler pokoknya :) Insyallah ambo cuba lagi dengan teknik2 yang lain lak pasni... jangan lupa layari website ambo www.mysohotrading.com setiap hari untuk mendapatkan maklumat terkini.

Monday, April 27, 2009

Teknik Penyuntingan


[klik di sini untuk melihat gambar yang bersaiz besar]

Gambar ini telah di sunting (edit) menggunakan perisian photoshop. Jika anda berminat untuk mengubah gambar anda seperti ini sila hubungi kami :)

Sunday, April 26, 2009

Sawah Padi


[klik gambar untuk saiz sebenar]

Sawah Padi | Selising, Pasir Puteh.
Sewaktu dlm perjalanan ke opis ambo sempat gak la ambo menghilangkan bosan dengan mengambil gambar dari dlm kereta dengan kelajuan lebih kurang 80km/j

Gambar asal di snap dengan Mode P, ISO100 , 1/320sec, f/9 tanpa flash. Bagi menaikkan lagi colornya maka ambo menggunakan "Kedai Gambar' auto level - belnding color dan sedikit secret recipe :P hasilnya mmg ambo suka :) 


Thursday, April 23, 2009

VIRUS....

Assalamualaikum, hari ini baru la ambo dapat menulis semula di blog ambo.. ini kerana pc ambo telah di serang oleh virus uwaaaaaaaaaaaaaaaa :((

Banyak gak la benda ilang sib baik gambo2 dpt diselamatkan.. kepada semua pelawat tq kerana masih lagi support my blog.

Hampir 3 hari ambo bertungkus lumut menhapuskan virus tapi apokan dayo ilmu kurang. So nak tak nak terpaksa la format balik, nak antar kedai servis sayang nak kuar $$$ heheheh

Virus ni cam bebayang gak la nak ilangkan dia mmg susah la. Pastu antivirus ni cam apa erk?? apa aku membebel ni...

Erm ni gambo masa pusing2 keliling umah mertua nak snap gambo, takder apo yang menarik sbb masa tu matahari teramat panas so nak snap serangga unggas pun takder, nak snap kat langit pun awan tarak so amik bebayang je.

K la nak sambung instal program2 yang dah terdelete so ari Ahad ni sambung balik k. C u next week!!!!

Monday, April 13, 2009

Pengredan ikan keli

Pengredan ikan keli di Projek D'Raja Pasir Puteh, Wakaf Bunut, Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan. Pada 14hb April 2009.

Pengurus projek sedang meninjau pengredan ikan sedang di jalankan.

1 puan 2 dara sedang berjalan di atas kolam ke tempat pengredan ikan.

En. Ramli sedang mengred ikan.

Alang-alang menyeluk biar sampai ke pangkal lengan.

suasana di kolam ternakan ikan keli dan tilapia.

Desert mempelam ngan sambal kacang + lada + belacan.

Bot yang tak lagi di gunakan. Tersadai di pinggir kolam.

Noraini sedang menarik kereta bot ehheh manual punya.

Aksi menarik jala sebelum salah sorang dari mereka termuntah :P

Letih kepanasan. Masa sekarang 12.30 tengah hari...

Lepas tu kitorang berangkat pulang makan tengahari di rumah CC Kak Zan. Makan nasi Kak Wok.


Sunday, April 12, 2009

Batu Berhantu??




Pagi ni ambo nak cerita sikit ttg citer batu berhantu ni hehehe. Tak tau la berhantu tul ke idak, tapi leh dikelasifikasikan misteri gak la. Menurut sorang penduduk kampung yang tak mahu namanya di siarkan, adalah satu hari tu upah orang gali guna 'keh' ( jentolak) then, masa gali tu sampai berasap keh tu tadi :P Malam tu pulak pemandu keh tadi sampai demam2 ehhehe 

Sebelah batu ni ada kubur. Tempat nya di kampung Banggol Stol, Daerah Padang Pak Amat, Pasir Puteh, Kelantan. Ambo rasa kalu nak wat citer seram leh gak mai wat kat sini ;) kalu lalu kot jalan ni hati2 ada kes kematian dah langgar batu ni.

Saturday, April 11, 2009

Gasing Terbang

Korang pernah dgr ttg gasing terbang??? ni video ambo smpt ambik.. tapi ni 3 tahun lepas la masih dlm simpanan ambo :) harap terhibur.







Gasing terbang biasanya popular di Daerah Pasir Puteh. Maksud gasing terabgn ni ialah bila gasing di lempar, ia disambut di atas udara kerana gasing tadi 'terbang' (melantun) ke udara. berbeza dgn gasing biasa yg di 'cokok' di atas papan :)